Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA ANJURAN JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN KERJA RAYA BAGI TAHUN 1445H / 2024M

Isnin, 16 Sya’aban 1445H | 26hb Februari 2024M
Bandar Seri Begawan

Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Sempena Sambutan Isra’ dan Mi’raj bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Bangunan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), pada pagi ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan satu ceramah khas bertajuk ‘Solat Tiang Agama’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Ishkandar bin Haji Buntar, Ketua Guru Ugama Pantai Jerudong Specialist Centre.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati Binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan
Kemajuan), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan Kementerian Pembangunan yang bertujuan untuk memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj, disamping mengeratkan silaturrahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

isra' mi'raj.JPG


Attachments